Daisypath Wedding tickers

earthquake!!!

owh siyes ada earthquake tadi. dan aku yang mamai nih ingat organ dalam badan aku bertindak balas sebab makan roti butterscotch (super duper yummy!) sambil baring.
rupanya eartquake.!!

aku tunggu gak barang2 dalam rumah nih begegar2.
tak ada.
tengok rumet aku yang terlentang dalam bilik (macam dugong) rilek je baring.
so aku menten jela.
tuptup bukak fb sume dok pakat komen pasal eartquake.

nih kiranya da 2 kali aku lalui perkara nih. pertama kali time aku matrik kat perak dulu.
time tuh pon aku mamai. ingat member aku goyang kan katil. rupanya bukan. dan pintu almari yang tak tutup pon begoyang2. member aku yang garang sorang tuh siap nak marah lagi.

bila sume da rasa. aku dengan pantas bukak la pintu tengok sume budak2 da belari. entah dengan sapa aku lari. siap berpimpin tangan lagi time tuh. rumet aku sume aku tinggalkan. smpai bawah baru la aku sedar. meraban gak cari diorang. masa tuh memang aku rasa bukan kawan yang baek. jumpa2 seb baek diorang tak pape.

lepas beberapa minit ( ke jam tah). barulah kami sume dibenarkan naek. sempat gak la bgosip sket2 ramai2 kat bawah. time tuh bilik ielah siap retak n pengetua (panggil pengetua gak ke time matrik?) siap datang melawat lagi bilik ielah. aku rasa macam bangga gak ada kawan yang boleh dianggap sebagai artis sebab tragedi itu. orang dok cakap pasal bilik dia. dan aku antara manusia yang slalu lepak bilik dia. kira macam aku kawan dengan artis la

aku tau memang mengarut sket cara aku berpikir.


p/s: macam2 bencana allah da tunjuk, tapi aku tak insaf2 lagi. adeh ape nak jadi nih???

persedian konvokasi

esok aku da nak gerak p melaka.
tapi aku macam tak brapa sedap.
banyak nyusahkan orang

ke melaka tumpang moly budak bits
dok melaka tumpang rumah jiran rumah aku time taun 2 n 3
mintak tolong uji amikkan jubah

siyes macam menyusahkan orang.
tak sedap hati aku
adoiiii

dala gaji tak tau masuk bila.lambat laen macam je.benci2

p/s: owh aku nak buat penyucian jiwa. tak mo marah2 da. kecuali disebabkan hal2 yang tak dapat dielakkan heeee

tips2 yang anda semua perlu..penting nih!!

ehem2
kepada yang nak bagi aku bunga time konvo nnt.kepada secret admire muka kacak macam fahrin, aku nak bagi tahu nih. bunga yang aku sangat suka ialah ini:




cakap kat auntie tuh "auntie nk lily stargazer putih 1 jambak yea"
thanks yeaaaa~~
sayang korang

ke arah masa depan

aku belum kawen dan masih berkira2 pasal nak kawen

tapi kalo aku ada anak. tolong belikan aku cd nih

demi masa depan music anak aku

nantilah dulu..

haah aku memang suka bertangguh dan tuh ayat kegemaran aku la tuh
nantilah dulu

spa
dari tahun lepas time aku intern lagi nak isi borang spa tapi tak buat.sket2 nantilah dulu. nih aku tunggu nak konvo baru nak isi.entah isi ke tidak

lesen
dulu aku penah blaja dengan kawan aku bawak kete.boleh la kalo setakat nak bawak kedepan tuh.tapi aku 2 kali nak terexcident lepas dari tuh asek bertangguh nak amik lesen.smpai la skang.orang da sebok nk beli kete aku masih tak ada lesen.cuak kot nak amik lesen.rasa macam nak terus beli kereta je.

sambung blaja
member2 sume da hantar.aku tak hantar2. nak amik gambo pon asek nantilah dulu.entah smpai bila nak nantilah dulu.next week da trikh tutup.hadoiyaiii

keje rumah
banyak2 keje rumah paling aku suka bertangguh basuh kaen dan lipat kaen. kene smpai penuh 2 baldi baru terhegeh2 nak basuh kaen. pas2 da kering tak trus lipat. bertangguh lagi. da nak gune hanger baru la nak berlipat (kalo rumet aku time matrik baca nih musti dia bersorak sebab memang betol pon).


nih adik aku nak gune pc pon aku cakap nantilah dulu. haih ada aku kene patah2 dengan dia jap lagi.


p/s: aku MC 2 hari 'cirit birit' ngeh2
p/p/s: sume orang upload gambo raya tapi aku macam malas je. korang tengok la kt FB aku. kat situ korang da tau meriah ke tak raya aku. p taman negara mandi sungai tuh. maunye tak meriah ehehehe
p/p//s: berikut gambo aku n family. sila jangan cakap aku nampak makin muda dan comel ehehehe

cucu2 atok dan mek aku


family aku (ayah aku tak ada.korang tengok nanti takut plak.muka dia bengis ahahaha. owh yang ujung tuh cik mok.ujung belah kanan. belah kiri tuh aku yang comel hehehe)

hari raya!!

aku masih blom ada baju raya.tahun lepas time nih aku da ada 2 pasang baju kurung, 2 pasang baju jalan, sehelai seluar dan juga kaca mata (klasik btol) baru.

tapi tahun nih aku sederhana.baju raya aku taun nih tshirt superman dan perfume burberry the beat.tuh pon perfume tuh da nk tinggal separuh.kuang asam btol.

raya tahun nih mungkin berbeza bagi aku, sebab tahun nih aku da kene beli baju raya sendri. maksudnya dulu walaupon beli sendiri, tapi da mintak peruntukan dari mak aku siap2. tahun nih sume bajet sendiri.

xpndai bajet lepas raya makan megi jela. nk harapkan duit raya memang da tak dapat da tahun nih. kene bagi duit raya ada la. skang baru aku faham perasaan pemberi duit raya sekalian. slalu aku je pndai demand2 nak banyak.

lepas raya pon kene buat persedian konvokasi. huihhh banyak duit nak pakai. da hampir setahun keje tapi habuk pon tak ada. duit gaji bulan2 p mane pon aku tak tau. haihhhh

di hari raya yang mulia nih aku nak mengucapkan

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin


p/s: aku yang grumpy nih slalu buat blog nih sebagai tempat meluahkan perasaan. harap maaf bagi semua yang membaca.

test..test..1 2 3 4..test

ujikaji sedang dijalankan


uji kaji berjaya!


bwahahaha

Back to Home Back to Top .: E.t.e.r.n.a.l.P.e.a.c.e :.. Theme ligneous by pure-essence.net. Bloggerized by Chica Blogger.